Thursday, July 30, 2009

KETIDAKISTIMEWAAN BERCUTI..

Masuk hari kedua cuti, takde ape yang istimewa. Semuanya sama. Cuma yang istimewa hanyalah dapat cuti awal yang sememangnya belum cukup istimewa buat aku. Maklumlah belum mood cuti lagi. Dan yang paling tak istimewanya masa perjalanan nak balik rumah. Tak yah cerita lah. Gila payah. Kesengsaraan nak membeli tiket komuter, hanya Allah je yang tahu. Tak masuk lagi dengan sesak. Pendek kata memang payah. Tapi dengan kepayahan dan kesengsaraan tu lah kita dapat belajar dan kutip pengalaman. Dan hikmahnya, aku bersabar dari kejadian itu. Reda kan aje ape yang akan berlaku. Balik ke tak balik ke, pasrah je lah. Alhamdulillah, sempat gak sampai pudu nak balik walaupun terlepas Maghrib. Huhu.. Tambah lagi dosa aku..naek cuti ade Food Fair lak. Tak sempat nak wat ape2. Poster tak tampal lagi. Matilah..Harap2 berjaya lah walaupun dalam keadaan yang tergesa2 camni..

Thursday, July 23, 2009

KERANA DIRINYA..

Bila yang tersirat bukan tersurat,
Bila yang benar sudah terluah,
Bila yang indah kini bernanah,
Senyuman hambar semakin tawar,
Oh bintang, bawaku bersama duka,
Oh, aku yang alpa.

Hanya yang indah itu cinta,
Hanya yang manis itu madu,
Hanya yang pahit itu hempedu,
Hanya yang masam itu cuka,
Hanya yang sakit itu duka,
Oh, aku merasa, jiwaku yang kudis terluka.

Bukan kerana rupa aku terpedaya,
Bukan kerana harta, dia kudamba,
Bukan kerana lesung pipit atau tahi lalatnya,
Ku tidak kenal erti cinta,
Ku hanya suka,
Aku terleka milik siapakah dia,
Sungguh, kerana dirinya.

Walau beribu cerita ditabur,
walau berjuta mulut bercerita,
Walau berbatu lariannya jatuh,
Walau manusia bertukar serigala,
Ku tetap suka dia,
Oh, kerana dirinya.

Saturday, July 18, 2009

SHOUT AWARDS!!

Semalam aku dan membe2 pergi meluangkan masa ke Bulit Jalil tengok shout award. Kebetulan dapat tiket free. Apalagi pergi jelah. Seronok memang seronok sebab ni pun first time aku tengok event life macam ni. Dapat lah tengok artis2 dan ragam2 dorang ni, biasalah dengan pakaian yang seksi ala2 tak cukup kain tu. tak kisahlah lantak lah situ. Tapi yang memang best tengok performance especially dari indie2 band ni. Hidup indie!!huhu..Antara yang aku salute performance dorang macam Pop Shuvit, One Buck Short, Bunkface, Pesawat, Joe Flizzow,Caprice (cute gile), Jin Hackman, dan yang paling best pada aku performance Estranged. Memang mantap.. Cayalah!!Yang lain2 pun sangat best. Semuanya hebat..Tapi ada satu performance, aku tak ingat sangat nama dorang ni. Dorang terdiri daripada 3 anak muda yang suara dorang memang power gile..Sangat best..Syabas!!Kebanyakan artis2 yang menang malam tu memang dah dijangka. Tapi aku sedih sebab pelakon kesayangan aku, Zahiril adzim tak menang(Hot Guy award dan Best Chemistry dengan Liyana Jasmay). Tapi yang lagi aku sedih sebab tak dapat ambil gambar dengan dia. aku dapat tengok dari atas je dia tengah ambik gambar dengan peminat dia..huhu..Tapi membe aku dapat amek gamba belakang jer. Jadilah. Ada dari takda. Tapi performance yang paling havoc dari Sean Kingston. Walaupun bodyguard dia dok terpacak atas stage tu tapi dia memang best..ni aku nak share sikit gambar2 yang dapat diambil semalam.

Tuesday, July 14, 2009

PEMERGIAN

Tanggal 14 Julai 2009, pada pukul 11 pagi, kembalilah embah (nenek) ke rahmatullah. Walaupun aku tak berapa rapat dengan embah sebab aku jarang balik kampung sebab study jauh dan embah pun dah tua, so telinga dia kurang dengar. Tapi embah baik. Dah lama embah derita sakit tua. Maybe dah sampai ajal dia dan Allah lebih sayang dia. Embah meninggal kat hospital JB. Yang aku terkilan sebab aku tak dapat balik kampung tengok jenazah arwah. Sebab jauh dan mungkin tak sempat pun tengok pengebumian arwah. Aku hanya mampu sedekah Yassin dan Al-fatihah jer. Semoga roh embah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin..

Saturday, July 11, 2009

BERITA TERGEMPAR..

Semalam memang seronok pergi shopping dengan membe2. Sempatlah kitorang pergi shopping dekat Times Square, Low Yat (diorang sebok nak beli hard disc nak simpan cerita+lagu Korea and Jepun tapi aku tak layan benda2 ni semua), dan last station, Sungei Wang. Keluar pukul 10 pg and balik pukul 11 mlm. Memang letih lah. Tapi seronok. dapatlah tengok macam2 perangai budak-budak zaman sekarang ni. Yang paling aku dan membe2 teruja+ seram dan segala macam rasa apabila melihat budak-budak ala2 punk+ emo (act, aku tak berapa pasti ape fahaman dorang ni) yang bergaya dengan pakaian hitam. tindik sana-sini jangan cakaplah. pastu pakai contact lense colour merah (aku tak tau colour sebenar, kawan aku yg cakap sebab aku takut nak tengok). Tapi satu yg aku puji diorang ni tak kacau orang lain, and sudi bagi kitorang lalu dengan membukakan pintu untuk kitorang. Tapi masa tu hanya Allah je yang tau macam mana perassaan aku. Bercampur-baur. Bulu roma meremang dan jantung aku berhenti berdegup buat beberapa saat kerana perasaan gerun lalu sebelah diorang (as aku orang yang last masuk ikut pintu tu). Mestilah aku yang paling cuak. Huhu..

Pagi ni, dalam pukul 8.30, aku dapat mesej dari kakak aku. dia cakap embah aku sakit tenat. Kena hantar hospital JB. Aku dah rasa tak sedap hati. Lepas tu abah call cakap embah sakit masuk hospital. Aku tak dapat cakap dengan mak. Aku tau mak mesti tengah sedih+ risau. Aku nak balik tapi tak taulah. Jauh. Esok ada class pulak tu. Aku cuma tunggu berita jer.Harap-harap embah tak ape2. Harap2 umurnya masih dipanjangkan Allah. Insya Allah. Walaupun embah dah lama sakit, tapi kami belum sedia untuk kehilangan embah.

Friday, July 10, 2009

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA

Saya sayang kawan-kawan saya,
Saya cinta kawan-kawan saya,
Saya terlalu kasihkan mereka,
Saya rindu bila mereka tiada,
Saya dambakan mereka,
Mereka kawan-kawan saya.

Kanan, kiri, depan dan belakang,
Saya ada kawan-kawan saya,
Siang, malam, pagi dan petang,
Saya ada kawan-kawan saya,
Tutup mata, celik mata,
Mereka di depan saya.

Kawan-kawan saya cantik,
Kawan-kawan saya baik,
Tapi saya?
Saya jelik,
Tidak juga baik,
Kami tetap bersama walaupun tak sama.

Saya janji,
Saya akan tetap setia,
Walau susah ataupun senang,
Kita tetap bersama selamanya,
Itulah kawan namanya.
Saya sayang kawan saya,
Saya harap mereka juga sayangkan saya.

Monday, July 6, 2009

MASA TETAP MELANGKAH TAPI AKU??

Tarikh baru, hari baru, semester baru, tahun baru..aku??beginilah aku, takde yang baru. Sedar tak sedar aku sekarang dah masuk tahun ketiga sem 6 dekat UPM ni. Tak sangkalah pulak. Cam dah tua je rasa..Huhu..Harap2 di sem baru ni aku dapat membuat anjakan paradigma terhadap pelajaran dan diri aku sendiri. Bila dah masuk sem baru ni, ramailah jumpe member2 yang dah lama ditinggalkan hampir 3 bulan. Sibuklah tanya resultlah, keje part time ape time cutilah, dapat gaji berapalah, suruh belanja makanlah, beli baju barulah dan macam-macam lagilah. Perempuan..biasalah. Gosip tak abes2. tapi banyak juga benda klakar bila dah lama tak jumpa ni. Ada yang dah berubah wajah dan penampilan.. Aku seronok usha budak-budak baru masuk ni. Budak baru biasalah baik lelaki mahupun perempuan nampak sama jer..skema. Tapi bila dah lama skit nampaklah sikit tanduk, tocang ke..errmm biasalah tu kan. Kebanyakannya memang macam tu lah. Tapi seronok tengok ragam manusia ni. Semalam dok penat kemas bilik yang jadi stor ni. Macam nak patah pinggang. Sem ni bilik aku berwajah baru.Huhu..harap2nya banyaklah kebaikan yang akan kita dapat pada sem baru ni. Semoga kebaikan mengatasi keburukan. Semoga kehidupan yang lebih mencabar ini lebih indah warnanya berbanding kehidupan yang simple dan biasa tapi berwarna pucat dan pudar tanpa tarikan.

Thursday, July 2, 2009

SELENDANG YANG CANTIK

Tiba-tiba kaki ni macam nak masuk je kedai berdinding putih berpapan tanda biru tu. Macam best jer. Tapi cukup ke duit ni kalau nak beli barang kat dalam tu? Alah belasah jelah. Tak cukup duit pun, buat-buat jelah cukup.

"Ye dik, nak beli ape?"
"Err..tapke kak, saya nak tengok-tengok je dulu".

seronok jugak pusing-pusing sambil tengok tudung-tudung yang cantik ni. Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu.

"Alamak!!"

Wow, cantiknye. Hatiku terus terpaut dengan keindahan sehelai selendang bercorak abstrak yang warna dan coraknya amat indah dan begitu mengasyikkan bila dipandang. Oleh kerana aku telah jatuh cinta pandang pertama dengan selendang tu, tanpa teragak-agak aku pun terus bertanya kepada kakak kedai tu.

"Kak, ni berapa harga?"
"******* ringgit lah dik".

Mak aii, mahalnya. Mana cukup duit nak beli ni.

"Asal mahal sangat ni kak?"
"Biasalah dik, barang cantik memanglah mahal".

Cantik2 pon tak luak gak selendang ni. Aku pun pelik, dalam banyak2 tudung kat dalam kedai ni, selendang ni macam paling tak laku. Kalau nak dilihat kecantikannya, tak payah nak pikir dua, tiga kali. Tip top. Paling cun..aku pun terpikir. Nape plak ek??

Tiba-tiba aku terpikir nak rasa kain selendang tu. Kasarnya!!
Kalau nak pakai mesti susah. Tak seronok langsung.

"Kak, kenapa selendang ni cantik, tapi kainnya kasar? Sebab tu ke, selendang ni tak laku??"
Lancangnya mulut aku tanya. Muka kakak kedai tu pun berubah.

"Entahlah. Agaknyalah kot. Kalau nak beli ape2, panggil lah ye".

Aku pun membelek-belek selendang tersebut, dek kerana ketidakpuashatian aku terhadapnya. Tiba2 aku seperti terpanggil untuk lebih memahami dan mendalami selendang itu.

"Hei manusia! tidak nampakkah kau aku yang begitu cantik dan menjadi perhatian ramai ini. Kenapa kau memegang-megang aku sedari tadi? Kau tidak layak untuk memegang hatta menyentuh aku sekalipun. Lihatlah dirimu itu. Kau tidak cantik dan menawan seperti aku. Kau tidak layak untuk memiliki aku pun wahai manusia".

Bermimpikah aku?? Tak pulak. Selendang boleh bercakap?? Biar betul..

"Wahai selendang yang cantik menawan. Aku sedar aku tidak cantik dan menarik seperti kau. Tapi aku tidak pernah menghina, apatah lagi mencaci dan mengeji manusia lain yang lebih buruk lagi daripada aku. Tapi, lihatlah dirimu itu, walaupun kau cantik dan menjadi perhatian, tapi tubuh kau kasar, seperti sikapmu itu. Kau fikir, ada ke manusia seperti aku ini yang mahukan kau, wahai selendang. Hatta yang jelita sekalipun tidak akan memandangmu, apatah lagi menyentuhmu."

Selendang abstrak yang cantik itu pun berasa sangat marah dan terhina.

Sebulan telah berlalu, dan aku telah kembali semula ke kedai itu. Aku tercari-cari selendang itu.

"Kak, selendang abstrak yang cantik tu mane? Dah ade orang beli ke? Tak nampak pun."
"Tokey dah simpan lah. Tak laku pun. Takde sape nak beli. buat ape nak tayang lagi. Buat semak adalah."

Aku mengerti. Selendang cantik itu tak diperlukan lagi. Walaupun ianya indah, tetapi kerana harganya yang mahal dan tubuhnya yang kasar itu membuatkan ramai orang membencinya. Akhirnya, selendang itu tidak diperlukan lagi kerana sudah tak berguna.

Moral of the story: Pikirlah sendiri...