Thursday, July 2, 2009

SELENDANG YANG CANTIK

Tiba-tiba kaki ni macam nak masuk je kedai berdinding putih berpapan tanda biru tu. Macam best jer. Tapi cukup ke duit ni kalau nak beli barang kat dalam tu? Alah belasah jelah. Tak cukup duit pun, buat-buat jelah cukup.

"Ye dik, nak beli ape?"
"Err..tapke kak, saya nak tengok-tengok je dulu".

seronok jugak pusing-pusing sambil tengok tudung-tudung yang cantik ni. Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu.

"Alamak!!"

Wow, cantiknye. Hatiku terus terpaut dengan keindahan sehelai selendang bercorak abstrak yang warna dan coraknya amat indah dan begitu mengasyikkan bila dipandang. Oleh kerana aku telah jatuh cinta pandang pertama dengan selendang tu, tanpa teragak-agak aku pun terus bertanya kepada kakak kedai tu.

"Kak, ni berapa harga?"
"******* ringgit lah dik".

Mak aii, mahalnya. Mana cukup duit nak beli ni.

"Asal mahal sangat ni kak?"
"Biasalah dik, barang cantik memanglah mahal".

Cantik2 pon tak luak gak selendang ni. Aku pun pelik, dalam banyak2 tudung kat dalam kedai ni, selendang ni macam paling tak laku. Kalau nak dilihat kecantikannya, tak payah nak pikir dua, tiga kali. Tip top. Paling cun..aku pun terpikir. Nape plak ek??

Tiba-tiba aku terpikir nak rasa kain selendang tu. Kasarnya!!
Kalau nak pakai mesti susah. Tak seronok langsung.

"Kak, kenapa selendang ni cantik, tapi kainnya kasar? Sebab tu ke, selendang ni tak laku??"
Lancangnya mulut aku tanya. Muka kakak kedai tu pun berubah.

"Entahlah. Agaknyalah kot. Kalau nak beli ape2, panggil lah ye".

Aku pun membelek-belek selendang tersebut, dek kerana ketidakpuashatian aku terhadapnya. Tiba2 aku seperti terpanggil untuk lebih memahami dan mendalami selendang itu.

"Hei manusia! tidak nampakkah kau aku yang begitu cantik dan menjadi perhatian ramai ini. Kenapa kau memegang-megang aku sedari tadi? Kau tidak layak untuk memegang hatta menyentuh aku sekalipun. Lihatlah dirimu itu. Kau tidak cantik dan menawan seperti aku. Kau tidak layak untuk memiliki aku pun wahai manusia".

Bermimpikah aku?? Tak pulak. Selendang boleh bercakap?? Biar betul..

"Wahai selendang yang cantik menawan. Aku sedar aku tidak cantik dan menarik seperti kau. Tapi aku tidak pernah menghina, apatah lagi mencaci dan mengeji manusia lain yang lebih buruk lagi daripada aku. Tapi, lihatlah dirimu itu, walaupun kau cantik dan menjadi perhatian, tapi tubuh kau kasar, seperti sikapmu itu. Kau fikir, ada ke manusia seperti aku ini yang mahukan kau, wahai selendang. Hatta yang jelita sekalipun tidak akan memandangmu, apatah lagi menyentuhmu."

Selendang abstrak yang cantik itu pun berasa sangat marah dan terhina.

Sebulan telah berlalu, dan aku telah kembali semula ke kedai itu. Aku tercari-cari selendang itu.

"Kak, selendang abstrak yang cantik tu mane? Dah ade orang beli ke? Tak nampak pun."
"Tokey dah simpan lah. Tak laku pun. Takde sape nak beli. buat ape nak tayang lagi. Buat semak adalah."

Aku mengerti. Selendang cantik itu tak diperlukan lagi. Walaupun ianya indah, tetapi kerana harganya yang mahal dan tubuhnya yang kasar itu membuatkan ramai orang membencinya. Akhirnya, selendang itu tidak diperlukan lagi kerana sudah tak berguna.

Moral of the story: Pikirlah sendiri...

No comments: