Saturday, October 9, 2010

LEPASKAN PERGI..

Apabila hati berasa amat tawar dan begitu kecil, rasa sayang yang ada akan menjadi sedikit benci..aku selalu bertanya kenapa aku begitu bodoh amat kerana masih berprasangka baik dan percaya pada orang yang telah membuang pergi. Kenapa aku dilahirkan menjadi seperti ini dan ini?Mengapa harus aku yang menanggung nasib ini?Mengapa ujian ku menjadi sebesar ini?Mengapa aku yang dilayan begini? Layakkah manusia dan hamba seperti aku untuk mempersoalkan ketentuan Ilahi?Siapakah aku di mata sang Pencipta yang terlalu amat aku harap akan hatiku begitu tulus mencintaNya dan mendambakan bahagia hingga ke hujung nyawa. Aku berasa terlalu kerdil dan hina. Hina nya aku kerana dilayan seperti tiupan angin yang lalu. Ku pujuk hati terimalah keadaan ini..Duhai hati, lepaskanlah ia pergi..Aku merayu jangan aku terus disakiti...Kerana aku juga punya maruah dan harga diri..

Saturday, October 2, 2010

PUISI CINTA PERGI..

Teringat kembali aku pada waktu lewat 11 malam itu,
Pada tarikh 29 Ogos itu,
Kamu telah pergi jauh meninggalkan aku,
Dan pada ketika saat itu, aku terjelepuk meraung menangis sendiri,
Di sudut kaki katil itu seperti bini kematian laki,
Dan pada ketika itu, nyawa aku bagai melayang pergi,
Tahukah kamu betapa kecewanya aku di kala itu,
Segala janji yang pernah kamu taburkan telah kau mungkiri,
Segala kepercayaan dan keyakinan yang aku beri telah dikhianati,
Aku telah ditipu dan segala cinta yang aku beri telah dinodai,
Aku telah kamu sakiti dan lukai,
Maafkan aku sayang,
Tapi aku tidak bisa membenci mahupun melupakanmu pergi,
Maafkan aku kasih,
Kerana aku masih terlalu sayang dan kasih pada jasadmu yang sudah melangkah pergi,
Izinkan aku cinta,
Kerana aku ingin menyayangi dan merinduimu walau hanya dalam sepi,
Maafkan aku rindu,
Sesungguhnya, aku masih terlalu merindui kamu.
Aku tetap akan melihat kamu walau dari kejauhan,
Aku tetap akan mendoakanmu untuk kebahagiaan,
Kerana kamu telah miliki seluruh hatiku,
Doakan suatu waktu nanti, aku mampu mencampakmu dari hati.

DENGARLAH SAYANG

Pada 2 hari kebelakangan ini, aku terlalu berkecil hati. Aku terlalu tahan rasa hati mungkin. Dan aku masih lagi meratapi akan nasib diri. Dan pada setiap kali aku melenakan diri, aku akan bermimpi akan kehadiranmu. Ada ketika ia menyakitkan hati, tapi ada ketikanya ia memberi sedikit kebahagiaan kepada aku di sini. Dan mimpi tentang kamu itu, semakin lama semakin kerap hadir. Cuma aku tidak tahu apa yang tersirat di sebaliknya. Mungkin kerna aku terlalu rindu kamu. Memang aku terlalu rindu. Rindu pada kenangan lama yang pernah tercipta. Rindu untuk menatap wajahmu yang tenang di sisi aku. Ya, sesungguhnya aku terlalu rindu apa jua yang datang dari kamu. Dan aku terlalu rindu pada setiap penghujung kata yang kamu cinta dan sayang akan aku. Aku tidak mampu untuk membuang kamu pergi jauh dari hati. Aku terlalu sengsara di sini. Bila pada setiap saat bayang kamu tidak pernah mahu pergi dari ruang kamar hati dan minda ini. Dengarlah sayang. Aku masih terlalu rindu dan sayang kamu. Jangan pernah menganggap aku mahu kamu kembali. Aku cuma mahu kamu tahu akan isi hati.

Friday, October 1, 2010

"TEMANKU, KEKASIHKU, SYURGAKU"

Bisikku pada bulan : "Kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku"

Kembalikan dia yang pernah menjadi temanku suatu waktu dulu.
Kembalikan dia yang pernah menjadi kekasihku lewat beberapa bulan yang lalu.
Kembalikan dia yang kini masih tetap menjadi syurga cinta aku.

Aku sering selalu berbisik pada hati tentang cintaku yang telah pergi. Aku selalu menjadi pemujuk hati sendiri bila dia menangis mengenang akan nasib diri.

Bisikku pada hati:

Sayang, ini bukan pengakhiran, tapi ini adalah sebuah permulaan kehidupan.
Sayang, ini semua adalah takdir ketentuan Tuhan, kita tiada daya mampu melawan.
Sayang, aku tau cinta dan sayangmu terlalu dalam, tapi percayalah sayang, cinta kamu terlalu suci untuk dipermainkan.
Sayang, bila setiap kali kamu tahan hati kamu untuk ucapkan betapa kamu cinta dan rindu, kamu adalah pahlawan.
Sayang, bila kamu sembunyikan kesedihan dan tangis dalam hati, kerana kamu tidak mahu orang lain berkongsi, kamu adalah wira aku sayang.
Setiap kali kamu tewas untuk pergi menjauh diri dan melupakan pergi, ingatlah sayang, ini adalah ujian bukan bebanan.
Sayang, sepayah mana pun kamu, sekecewa mana pun hati kamu, sedalam mana pun cinta dan rindu kamu, suatu saat nanti, kamu harus belajar untuk melupakan.

Bisikku untuk cinta yang telah pergi:

Walau sejauh mana pun aku lari, walau sesukar mana pun aku menafi, kamu tetap ada di sini. Tetap tersimpan kemas dalam setiap sudut pada ruangan hati. Dan jika pada suatu saat nanti aku benar2 bersedia melepas pergi, aku tetap simpan kamu di sudut ini. Bukan kerana aku tidak cinta lagi. Tapi aku ada hidup baru yang bakal menanti. Kerana selama hampir 22 tahun aku dipinjamkan Tuhan di dunia ini, kamu adalah yang pertama di sini. Yang pertama terpahat dalam hati. Dan aku tidak semudah itu membuang kamu jauh pergi. Cuma aku minta kamu izinkan aku menjadi pemerhati sepi. Izinkan aku menjadi pencinta kamu walau dalam sunyi. Kerana aku mahu setiap doa dan ingatanku, tetap ada nama kamu di sisi.

Aku minta jangan pernah kamu buang aku. Aku tidak minta untuk kamu terus sayang aku. Cukuplah jika aku dapat rasa yang kamu simpan kenangan tentang aku, tentang kita. Kerana kamu adalah kenangan terindah aku.

Sunday, September 26, 2010

YANG RINDU ITU AKU..

Rindu itu bukan permainan diri, ia cerita soal hati.
Ia tidak dicari, ia hadir sendiri.
Ia boleh dibuang jauh dan mati.
Tapi dalam roh dan jasad,ia masih tetap hidup dan menari.

Aku masih terlalu rindu. Rindu pada kenangan lama yang semakin kerap datang menyapa. Rindu pada indahnya cinta yang pernah hadir bertakhta. Rindu pada renungan sang kekasih yang penuh sarat dengan rasa cinta. Rindu pada lontaran suara yang hadir kerana rasa rindunya pada seseorang bernama aku di sini. Rindu pada jiwa yang kerimasan kerana kehadirannya di sisi. Rindu pada setiap kejadian akan indahnya kenangan yang telah diciptakan. Rindu yang tidak mampu untuk diluahkan bersama kelukaan. Rindu yang hanya hati sendiri amat benar memahami dan merasai. Rindu yang sehingga air mata dari hati ini gugur sendiri. Rindu sehingga hampir setiap malam aku bermimpi akan kehadirannya menemani lewat malamku di kamar ini. Sungguh, hati ini tidak pernah menipu diri sendiri. Aku terlalu amat merindui akan hadirnya di sisi. Membawa akan kisah suka dan duka. Yang mana aku akan turut ketawa bila dia gembira. Dan aku akan turut menangis sendiri ketika dia bersedih. Walau hampir setiap hari aku akan memujuk hati sendiri. Aku tetap rindu itu. Malam, jangan kau bawa dia pergi. Kerana aku terlalu amat perlu dia walau hanya dalam mimpi. Siang, jangan kau rampas rasa cinta dan rinduku ini, kerna hanya dia yang aku mahukan di ketika ini.

Friday, September 24, 2010

PILIHAN KEDUA..

"They say past is past. We need to move on to see the future. But how can you move on when your past is the only thing you ever wanted in the future?"

Bersyukurkah aku hanya jika ini apa yang aku rasa dan aku mahu? Mahu mengulang kembali cerita lama tanpa bertemu kekecewaan yang datang menyapa. Mahu ingin terus merasa bahagia sehingga ke penghujung nyawa. Setiap dugaan yang datang menerpa itu, mampukah aku tangani dengan keikhlasan hati? Siapalah manusia untuk menentukan nasibnya sendiri. Setiap yang berlaku itu sudah tertulis hanya dengan kehendak Ilahi.

Cinta itu amat indah. Terlalu indah untuk dikhianati. Cinta itu buta tapi suci. Kata orang cinta dari mata turun ke hati. Tapi bagi aku cinta itu terbit dari hati dan akan terluah dengan pandangan mata yang penuh rasa kasih yang suci. Cinta tak pernah mengenal tuannya sendiri. Yang mengawal rasa cinta itu adalah manusia itu sendiri. Tanpa disedari, kadang kala cinta itu telah berjaya mengawal empunya diri. Sehingga bila cinta itu dibawa lari pergi, maka tergapai-gapailah manusia mencari dahan kekuatan diri.

Jika diberi 2 pilihan kepada aku untuk memilih antara rasa sakit dikecewakan cinta dan kesakitan disebabkan penyakit yang tiada penawarnya, aku memilih pilihan kedua. Kerna aku yakin, kedua-dua ujian ini adalah rahmat dari Tuhan untuk menguji hambaNya sendiri. Kerna Dia sentiasa menyayangi hambaNya tidak kira sehina mana hamba itu padaNya. Semakin besar ujian itu, semakin tinggi darjat hamba di sisi Tuhannya, jika mereka benar2 redha seikhlasnya dengan kehendak Tuhannya. Walaupun kesakitan yang tiada penawar itu ku pilih, tetapi aku yakin aku ada sebuah lagi cinta yang suci untuk bersama aku sehingga ke hujung nyawa. Yang boleh memberi kebahagiaan kepadaku pada sisa-sisa akhir waktu hidupku. Yang dapat menjaga aku sehingga aku dijemput oleh Pencipta. Aku akan merasa bahagia pada lewat akhir perjalanan dunia. Jika aku memilih yang pertama, maka aku akan menjadi seperti pengemis cinta jalanan. Dibiarkan seorang diri mencari kekuatan diri. Ditinggalkan pergi tanpa kasih di sisi. Kesakitan di hati yang tidak dapat dilihat dengan mata sendiri. Hanya mampu dirasa dan diteroka oleh empunya diri. Sesungguhnya cinta Allah jua cinta yang hakiki..

HATIKU HANYA KAMU..

Hari ini, lagi 2 hari genap sebulan aku ditinggal pergi. Walaupun agak sudah berasa sedikit kuat, tetapi ingatan dan kenangan yang pernah terlakar tak mampu untuk ku usir pergi. Siapalah aku untuk menidakkan rasa hati. Siapalah aku untuk menafikan kehendak Ilahi. Hari itu seperti baru terjadi semalam. Hari yang tidak pernah aku bayangkan akan rasa kesakitan. Hari yang jiwaku seperti merintih mintak pergi. Luka yang terlalu dalam yang tidak bisa dapat sembuh untuk beberapa hari. Hanya kemaafan yang bisa membuat aku untuk berasa tenang saat ini. Hanya kekuatan yang dipinjamkan Tuhan dapat membantu aku untuk bertahan kembali. Luarannya, aku sudah mampu tersenyum dan ketawa. Dalam diri, ada juga terbit rasa hati bila kenangan lama menyapa kembali. Sungguh aku tidak pernah rasa menyesal dengan hidup sendiri. Sebab aku hamba yang tidak pernah merasa bersyukur ini, telah dipinjamkan kebahagiaan yang teramat indah, walau cuma sementara, tapi aku tetap rasa bahagia. Semoga aku tetap rasa bahagia walaupun akan ada sedikit luka jauh di penghujung perjalanan sana.

Tuesday, February 16, 2010

IF YOU GO AWAY

If you go away,
On this summer's day,
Then you might as well,
Take the sun away,
All the birds that flew,
In the summer sky,
When our love was new,
And our hearts were high,
And the day was young,
And the nights were long,
And the moon stood still,
For the night bird's song.

If you go away,
If you go away,
If you go away..

But if you stay,
I'll make you a day,
Like no day has been,
Or will be again,
We'll sail on the sun,
We'll ride on the rain,
And talk to the trees,
And worship the wind.

But if you go,
I'll understand,
Leave me just enough love,
To fill up my hand.

If you go away,
If you go away,
If you go away..

If you go away,
As I know you will,
You must tell the world,
To stop turning,
Til you return again,
If you ever do,
For what good is love,
Without loving you?
Can I tell you now,
As you turn to go,
I'll be dying slowly,
Till the next hello.

If you go away,
If you go away,
If you go away..

But if you stay,
I'll make you a night,
Like no night has been,
Or will be again,
I'll sail on your smile,
I'll ride on your touch,
I'll talk to your eyes,
That I love you so much.

But if you go,
I won't cry,
Though the good is gone,
From the word goodbye.

If you go away,
If you go away,
If you go away..

If you go away,
As I know you must,
There is nothing left,
In this world to trust,
Just an empty room,
Full of empty space,
Like the empty look,
I see on your face,
And I'd been the shadow,
Of your shadow,
If you might have kept me,
By your side.

If you go away,
If you go away,
If you go away..

If you go away,
If you go away..

Friday, January 29, 2010

BERSAMA BEBAYANG PELANGI

Sedari dulu,
Dia seperti berlari-lari mengejar bebayang pelanginya sendiri,
Dia mahu bikin bebayang itu, jadi realiti,
Bukan hanya ilusi maya yang tidak mampu digapai oleh sesiapapun,
Apa yang dia mahu, agar pelangi maha indah itu,
Bisa mengiringi setiap perjalanannya, sehingga nyawa mengakhiri perjalanan hidupnya.
Dia mahu itu semua, dia perlu itu semua.

Kasihnya pada sang bintang, melebihi sayangnya si bintang pada rembulan,
Cinta si bintang pada rembulan itu, tidakkan mampu menandingi rindunya dia pada bintangnya,
Namun, tiada siapa pun yang tahu bagaimana kesakitan dia menanggung semua itu sendiri,
Sendiri tanpa balasan,
Sendiri tanpa teman,
Sendiri dengan seribu satu macam kesakitan dan kelukaan,
Sendiri tanpa penyesalan.

Apa mahunya dia??
Hanya impian membentuk dirinya bersama kekasih bintangnya,
Kan berubah menjadi pelangi nan indah.

Monday, January 25, 2010

PERGI HATI

Jantung berdegup kencang hebat,
Rasa bagai mau tercampak keluar dari penampungnya,
Tika membaca bait2 kata itu,
Hanya rasa sayu yang menemani kelukaan hati.

Puisi lagu yang sering kukarang dulu,
Menjadi peneman setia bersama kenangan,
Untuk aku bisa bertahan,
Walau sesaat cuma aku harus cekalkan,
Agar pepasir putih tidak lagi menghempas sang pantai.

Di saat bahagia melabuhkan tirainya,
Hanya sepi menjadi peneman setia,
Untuk kesekian kalinya dia jatuh lagi,
Mengharapkan kaki dukanya bisa melangkah pergi..