Sunday, September 26, 2010

YANG RINDU ITU AKU..

Rindu itu bukan permainan diri, ia cerita soal hati.
Ia tidak dicari, ia hadir sendiri.
Ia boleh dibuang jauh dan mati.
Tapi dalam roh dan jasad,ia masih tetap hidup dan menari.

Aku masih terlalu rindu. Rindu pada kenangan lama yang semakin kerap datang menyapa. Rindu pada indahnya cinta yang pernah hadir bertakhta. Rindu pada renungan sang kekasih yang penuh sarat dengan rasa cinta. Rindu pada lontaran suara yang hadir kerana rasa rindunya pada seseorang bernama aku di sini. Rindu pada jiwa yang kerimasan kerana kehadirannya di sisi. Rindu pada setiap kejadian akan indahnya kenangan yang telah diciptakan. Rindu yang tidak mampu untuk diluahkan bersama kelukaan. Rindu yang hanya hati sendiri amat benar memahami dan merasai. Rindu yang sehingga air mata dari hati ini gugur sendiri. Rindu sehingga hampir setiap malam aku bermimpi akan kehadirannya menemani lewat malamku di kamar ini. Sungguh, hati ini tidak pernah menipu diri sendiri. Aku terlalu amat merindui akan hadirnya di sisi. Membawa akan kisah suka dan duka. Yang mana aku akan turut ketawa bila dia gembira. Dan aku akan turut menangis sendiri ketika dia bersedih. Walau hampir setiap hari aku akan memujuk hati sendiri. Aku tetap rindu itu. Malam, jangan kau bawa dia pergi. Kerana aku terlalu amat perlu dia walau hanya dalam mimpi. Siang, jangan kau rampas rasa cinta dan rinduku ini, kerna hanya dia yang aku mahukan di ketika ini.

Friday, September 24, 2010

PILIHAN KEDUA..

"They say past is past. We need to move on to see the future. But how can you move on when your past is the only thing you ever wanted in the future?"

Bersyukurkah aku hanya jika ini apa yang aku rasa dan aku mahu? Mahu mengulang kembali cerita lama tanpa bertemu kekecewaan yang datang menyapa. Mahu ingin terus merasa bahagia sehingga ke penghujung nyawa. Setiap dugaan yang datang menerpa itu, mampukah aku tangani dengan keikhlasan hati? Siapalah manusia untuk menentukan nasibnya sendiri. Setiap yang berlaku itu sudah tertulis hanya dengan kehendak Ilahi.

Cinta itu amat indah. Terlalu indah untuk dikhianati. Cinta itu buta tapi suci. Kata orang cinta dari mata turun ke hati. Tapi bagi aku cinta itu terbit dari hati dan akan terluah dengan pandangan mata yang penuh rasa kasih yang suci. Cinta tak pernah mengenal tuannya sendiri. Yang mengawal rasa cinta itu adalah manusia itu sendiri. Tanpa disedari, kadang kala cinta itu telah berjaya mengawal empunya diri. Sehingga bila cinta itu dibawa lari pergi, maka tergapai-gapailah manusia mencari dahan kekuatan diri.

Jika diberi 2 pilihan kepada aku untuk memilih antara rasa sakit dikecewakan cinta dan kesakitan disebabkan penyakit yang tiada penawarnya, aku memilih pilihan kedua. Kerna aku yakin, kedua-dua ujian ini adalah rahmat dari Tuhan untuk menguji hambaNya sendiri. Kerna Dia sentiasa menyayangi hambaNya tidak kira sehina mana hamba itu padaNya. Semakin besar ujian itu, semakin tinggi darjat hamba di sisi Tuhannya, jika mereka benar2 redha seikhlasnya dengan kehendak Tuhannya. Walaupun kesakitan yang tiada penawar itu ku pilih, tetapi aku yakin aku ada sebuah lagi cinta yang suci untuk bersama aku sehingga ke hujung nyawa. Yang boleh memberi kebahagiaan kepadaku pada sisa-sisa akhir waktu hidupku. Yang dapat menjaga aku sehingga aku dijemput oleh Pencipta. Aku akan merasa bahagia pada lewat akhir perjalanan dunia. Jika aku memilih yang pertama, maka aku akan menjadi seperti pengemis cinta jalanan. Dibiarkan seorang diri mencari kekuatan diri. Ditinggalkan pergi tanpa kasih di sisi. Kesakitan di hati yang tidak dapat dilihat dengan mata sendiri. Hanya mampu dirasa dan diteroka oleh empunya diri. Sesungguhnya cinta Allah jua cinta yang hakiki..

HATIKU HANYA KAMU..

Hari ini, lagi 2 hari genap sebulan aku ditinggal pergi. Walaupun agak sudah berasa sedikit kuat, tetapi ingatan dan kenangan yang pernah terlakar tak mampu untuk ku usir pergi. Siapalah aku untuk menidakkan rasa hati. Siapalah aku untuk menafikan kehendak Ilahi. Hari itu seperti baru terjadi semalam. Hari yang tidak pernah aku bayangkan akan rasa kesakitan. Hari yang jiwaku seperti merintih mintak pergi. Luka yang terlalu dalam yang tidak bisa dapat sembuh untuk beberapa hari. Hanya kemaafan yang bisa membuat aku untuk berasa tenang saat ini. Hanya kekuatan yang dipinjamkan Tuhan dapat membantu aku untuk bertahan kembali. Luarannya, aku sudah mampu tersenyum dan ketawa. Dalam diri, ada juga terbit rasa hati bila kenangan lama menyapa kembali. Sungguh aku tidak pernah rasa menyesal dengan hidup sendiri. Sebab aku hamba yang tidak pernah merasa bersyukur ini, telah dipinjamkan kebahagiaan yang teramat indah, walau cuma sementara, tapi aku tetap rasa bahagia. Semoga aku tetap rasa bahagia walaupun akan ada sedikit luka jauh di penghujung perjalanan sana.