Sunday, November 29, 2009

PEOPLE ALWAYS LEAVE

Apakah yang akan kau rasa?
Bila mana orang yang kau sayang,
Orang yang kau sanjung,
Orang yang kau puja,
Akan pergi meninggalkan dirimu jauh,
Di saat dia mencapai bahagianya, dan kau bertemu kedukaanmu,
Di saat kau sangat membutuhkannya, tetapi dia melangkah pergi jauh darimu.

Apakah gunanya rasamu itu,
Jika kau tahu dia akan melukaimu,
Dia akan menginjak-injak tubuhmu,
Dia akan merobek siat hatimu,
Dia akan melapah daging, menyentap urat sarafmu,
Dia akan mencelaka sialkan kebaikanmu,
Sampai kau jatuh lumpuh tersungkur,
Dia tidak hairan, dia tidak peduli,
Kerana kau itu, bukan siapa apapun baginya,
Kerana kau itu, hanya persimpangan cuma.

Dia sudah punya sebuah jasad yang dia panggil cinta,
Dia sudah punya sebuah naluri yang dia panggil sayang,
Dia sudah punya hembusan nafas yang dia selalu rindu,
Dia sudah punya seseorang yang dia selalu tunggu,
Lalu, apa gunanya engkau terus menghimpitkan dirimu lagi,
Lalu, apa gunanya engkau terus menghancurkan, melukai hatimu lagi.

Sudah cukuplah beberapa kali kau menderita, hati,
Sudah cukuplah beberapa kali kau memujuk diri,
Walaupun tidak terhitung butir jernih itu jatuh ke pipi,
Sudah cukuplah kau mensampahkan dirimu ke bumi.

Jangan mengagungkan seorang manusia,
Kerna dia bukan Tuhan,
Jangan menyanjungi hamba Pencipta,
Kerna dia bukan kekasihNya,
Tetapi,
Berilah kasih sayangmu kepada mereka secara berpada,
Sayangi hatimu dan jiwamu dahulu,
Dan kemudiannya, kau curahkan dan sedekahkan kepada yang layak menerimanya,
Kerna itulah sebaiknya,
Kau, dia, dan kita ini bukan siapa-siapa,
Hanya mengharapkan kebahagiaan dari yang Esa.

Friday, October 9, 2009

PENAT SUDAH..

Bila pagi2 kau bangun tidur dan menghadap komputer,
Bila kau tengok benda yang membuatkan kau sangat benci dan marah,
Hari2 yang kau mahukan kedamaian di dalamnya bertukar menjadi bangkai,
Busuk, jijik, cam sial,ahhh semualah,
Itulah yang aku rasakan saat ini tanpa aku perlu tahu sebabnya.

Aku benci kamu di saat ini, di ketika ini,
Aku terlalu benci.

Aku sudah penat dengan kepura-puraan sendiri,
Aku terlalu letih dengan ketaksuban diri,
Ketaksuban terhadap ciptaan Tuhan,
Aku tahu kamu tidak layak ku panggil teman,
Aku tahu Tuhan telah makbulkan permintaan,
Mungkin, itu aku tak pasti,
Walaupun lain yang ku harapkan, tapi aku ikhlas,
Menerima apa sahaja pemberian.

Aku rasa macam sampah.
Ya..
Aku rasa macam bangkai.
Betul..

Lama aku terdiam, berfikir perkiraan untuk hari ini dan seterusnya..
Namun siapalah aku, hanya seorang manusia yang tak tahu percaturanNya..

Sudahlah aku penat,
Terlalu penat hatta untuk memikirkan diri sendiri,
Walau sesampah mana pun aku ditempatkan,
Walau sebusuk mana pun aku dibaukan,
Aku tak heran,
Aku tidak peduli,
Aku tak akan biarkan hidup aku disampahkan, dibangkaikan, dan disialkan lagi.

Cukuplah.
Cukuplah untuk hari semalam dan sebelumnya.
Janganlah kau ganggu aku lagi.

Sesungguhnya aku sudah terlalu penat.

CERITA SAYA

Hari ini saya teringat kamu lagi,
Seperti hari2 semalam sejak beberapa bulan yang lalu,
Tapi kali ini ingatan saya makin kuat terhadap kamu,
Bangun tidur, mahu tidur, kala sendiri,
Saya asyik ingatkan kamu.

Saya cuba untuk melupakan kamu,
Saya buang jauh2 kenangan kamu,
Saya padamkan semuanya bukan sebab saya bencikan kamu,
Tapi sebab saya takut saya tak mampu lupakan kamu.

Saya tahu saya ini bukan siapa2,
Saya hanya tempat kamu bersandar,
Saya hanya tong sampah serbaguna,
Mahu disimpan terasa semak, mahu dibuang terasa sayang.

Saya gembira lihat kamu ketawa,
Saya menangis lihat kamu terluka,
Tapi saya lagi pedih lihat kamu bahagia,
Saya bukan perempuan jahat,
Saya cuma manusia biasa.

Hari2 saya berdoa pada Tuhan saya,
Jauhkan kamu dari saya jika kamu bukan orang baik untuk saya,
Dekatkan kamu pada saya jika kamu orang yang mulia,
Kadang2 diberi yang atas,
Kadang2 diberi yang bawah,
Saya keliru, mungkin Tuhan belum berikan petunjuknya.

Saya selalu menangis sendiri,
Kadang2 saya sengaja cari pasal nak menangis,
Supaya saya dapat keluarkan air mata saya,
Supaya saya dapat luahkan rasa sedih tanpa orang lain peduli pasal saya.

Kamu sangat istimewa bagi saya,
Saya akan gembira lihat kamu tersenyum gembira,
Saya akan sentiasa berada di sisi kamu jika kamu perlu saya,
Saya akan jaga kamu seperti saya jaga hati saya,
Saya nak kamu tahu saya ada untuk kamu sampai bila2.

Sunday, October 4, 2009

SAKITNYA..

air mata sudah kering,
tapi hatiku belum juga sembuh,
sakitnya, lukanya, amat pedih,
tak tahu bila ku mampu bertenang,
persetankan perasanmu,
patahkan apa rasamu,
biarkan ia berlalu,
jangan lagi perbodohkan dirimu.

p/s: aku mmg rasa sgt bodoh saat ini..

BULAN DAN BINTANG

Puas aku bertanya,
Siapakah bintang, siapakah bulan,
Namun aku keliru, tiada jawapan yang pasti,
Katakan padaku,
Aku perlu tahu.

Kau datang, bilaku kau perlu,
Kau menjauh, aku tersisih pedih,
Kau menghilang dalam bayangan,
Kau muncul dalam senyuman,
Aku tahu itu hanya lakonan.

Kadang-kadang bulan muncul sendiri,
Tiada bintang menemani di sisi,
Tapi bulan tetap di situ,
Menemani indah malam insan yang sepi,
Bisakah bulan hidup tanpa bintang?
Bisakah bulan sendiri kesepian?

Hadirnya dia, dengan belaian mesra dan pujian dusta,
Perginya dia, entah hilang ku tak tahu ke mana,
Seperti bulan yang setia menanti bintang,
Walau bintang tidak selalunya muncul bersama.

Ku harap bulan kan jadi bintang,
Bintang kan mengiringi perjalanan bulan,
Kerna aku mahu bulan gembira,
Walaupun aku sepi sendiri tanpa teman di sisi.

Sunday, August 16, 2009

HARAPAN

Hari ini dan semalam,
Aku tetap sama,
Cuma semalam aku sedikit gila,
Tertekan dengan bebanan dan tuntutan,
Terbelenggu dengan rasa kecewa dan terluka,
Hari ini ku bangkit dengan kekesalan semalam,
Dengan harapan kan ada sinar,
Yang mampu memancarkan senyuman,
Agar hidupku lebih tenang dan aman.

Monday, August 3, 2009

RUMAHKU..

malam ni adalah malam terakhir aku kat umah ni..
forever n ever..
waa.. tak mau pindah..
i'm gonna miss u my home..
sayang kamu..
sedehnye =(

Thursday, July 30, 2009

KETIDAKISTIMEWAAN BERCUTI..

Masuk hari kedua cuti, takde ape yang istimewa. Semuanya sama. Cuma yang istimewa hanyalah dapat cuti awal yang sememangnya belum cukup istimewa buat aku. Maklumlah belum mood cuti lagi. Dan yang paling tak istimewanya masa perjalanan nak balik rumah. Tak yah cerita lah. Gila payah. Kesengsaraan nak membeli tiket komuter, hanya Allah je yang tahu. Tak masuk lagi dengan sesak. Pendek kata memang payah. Tapi dengan kepayahan dan kesengsaraan tu lah kita dapat belajar dan kutip pengalaman. Dan hikmahnya, aku bersabar dari kejadian itu. Reda kan aje ape yang akan berlaku. Balik ke tak balik ke, pasrah je lah. Alhamdulillah, sempat gak sampai pudu nak balik walaupun terlepas Maghrib. Huhu.. Tambah lagi dosa aku..naek cuti ade Food Fair lak. Tak sempat nak wat ape2. Poster tak tampal lagi. Matilah..Harap2 berjaya lah walaupun dalam keadaan yang tergesa2 camni..

Thursday, July 23, 2009

KERANA DIRINYA..

Bila yang tersirat bukan tersurat,
Bila yang benar sudah terluah,
Bila yang indah kini bernanah,
Senyuman hambar semakin tawar,
Oh bintang, bawaku bersama duka,
Oh, aku yang alpa.

Hanya yang indah itu cinta,
Hanya yang manis itu madu,
Hanya yang pahit itu hempedu,
Hanya yang masam itu cuka,
Hanya yang sakit itu duka,
Oh, aku merasa, jiwaku yang kudis terluka.

Bukan kerana rupa aku terpedaya,
Bukan kerana harta, dia kudamba,
Bukan kerana lesung pipit atau tahi lalatnya,
Ku tidak kenal erti cinta,
Ku hanya suka,
Aku terleka milik siapakah dia,
Sungguh, kerana dirinya.

Walau beribu cerita ditabur,
walau berjuta mulut bercerita,
Walau berbatu lariannya jatuh,
Walau manusia bertukar serigala,
Ku tetap suka dia,
Oh, kerana dirinya.

Saturday, July 18, 2009

SHOUT AWARDS!!

Semalam aku dan membe2 pergi meluangkan masa ke Bulit Jalil tengok shout award. Kebetulan dapat tiket free. Apalagi pergi jelah. Seronok memang seronok sebab ni pun first time aku tengok event life macam ni. Dapat lah tengok artis2 dan ragam2 dorang ni, biasalah dengan pakaian yang seksi ala2 tak cukup kain tu. tak kisahlah lantak lah situ. Tapi yang memang best tengok performance especially dari indie2 band ni. Hidup indie!!huhu..Antara yang aku salute performance dorang macam Pop Shuvit, One Buck Short, Bunkface, Pesawat, Joe Flizzow,Caprice (cute gile), Jin Hackman, dan yang paling best pada aku performance Estranged. Memang mantap.. Cayalah!!Yang lain2 pun sangat best. Semuanya hebat..Tapi ada satu performance, aku tak ingat sangat nama dorang ni. Dorang terdiri daripada 3 anak muda yang suara dorang memang power gile..Sangat best..Syabas!!Kebanyakan artis2 yang menang malam tu memang dah dijangka. Tapi aku sedih sebab pelakon kesayangan aku, Zahiril adzim tak menang(Hot Guy award dan Best Chemistry dengan Liyana Jasmay). Tapi yang lagi aku sedih sebab tak dapat ambil gambar dengan dia. aku dapat tengok dari atas je dia tengah ambik gambar dengan peminat dia..huhu..Tapi membe aku dapat amek gamba belakang jer. Jadilah. Ada dari takda. Tapi performance yang paling havoc dari Sean Kingston. Walaupun bodyguard dia dok terpacak atas stage tu tapi dia memang best..ni aku nak share sikit gambar2 yang dapat diambil semalam.

Tuesday, July 14, 2009

PEMERGIAN

Tanggal 14 Julai 2009, pada pukul 11 pagi, kembalilah embah (nenek) ke rahmatullah. Walaupun aku tak berapa rapat dengan embah sebab aku jarang balik kampung sebab study jauh dan embah pun dah tua, so telinga dia kurang dengar. Tapi embah baik. Dah lama embah derita sakit tua. Maybe dah sampai ajal dia dan Allah lebih sayang dia. Embah meninggal kat hospital JB. Yang aku terkilan sebab aku tak dapat balik kampung tengok jenazah arwah. Sebab jauh dan mungkin tak sempat pun tengok pengebumian arwah. Aku hanya mampu sedekah Yassin dan Al-fatihah jer. Semoga roh embah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin..

Saturday, July 11, 2009

BERITA TERGEMPAR..

Semalam memang seronok pergi shopping dengan membe2. Sempatlah kitorang pergi shopping dekat Times Square, Low Yat (diorang sebok nak beli hard disc nak simpan cerita+lagu Korea and Jepun tapi aku tak layan benda2 ni semua), dan last station, Sungei Wang. Keluar pukul 10 pg and balik pukul 11 mlm. Memang letih lah. Tapi seronok. dapatlah tengok macam2 perangai budak-budak zaman sekarang ni. Yang paling aku dan membe2 teruja+ seram dan segala macam rasa apabila melihat budak-budak ala2 punk+ emo (act, aku tak berapa pasti ape fahaman dorang ni) yang bergaya dengan pakaian hitam. tindik sana-sini jangan cakaplah. pastu pakai contact lense colour merah (aku tak tau colour sebenar, kawan aku yg cakap sebab aku takut nak tengok). Tapi satu yg aku puji diorang ni tak kacau orang lain, and sudi bagi kitorang lalu dengan membukakan pintu untuk kitorang. Tapi masa tu hanya Allah je yang tau macam mana perassaan aku. Bercampur-baur. Bulu roma meremang dan jantung aku berhenti berdegup buat beberapa saat kerana perasaan gerun lalu sebelah diorang (as aku orang yang last masuk ikut pintu tu). Mestilah aku yang paling cuak. Huhu..

Pagi ni, dalam pukul 8.30, aku dapat mesej dari kakak aku. dia cakap embah aku sakit tenat. Kena hantar hospital JB. Aku dah rasa tak sedap hati. Lepas tu abah call cakap embah sakit masuk hospital. Aku tak dapat cakap dengan mak. Aku tau mak mesti tengah sedih+ risau. Aku nak balik tapi tak taulah. Jauh. Esok ada class pulak tu. Aku cuma tunggu berita jer.Harap-harap embah tak ape2. Harap2 umurnya masih dipanjangkan Allah. Insya Allah. Walaupun embah dah lama sakit, tapi kami belum sedia untuk kehilangan embah.

Friday, July 10, 2009

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA

Saya sayang kawan-kawan saya,
Saya cinta kawan-kawan saya,
Saya terlalu kasihkan mereka,
Saya rindu bila mereka tiada,
Saya dambakan mereka,
Mereka kawan-kawan saya.

Kanan, kiri, depan dan belakang,
Saya ada kawan-kawan saya,
Siang, malam, pagi dan petang,
Saya ada kawan-kawan saya,
Tutup mata, celik mata,
Mereka di depan saya.

Kawan-kawan saya cantik,
Kawan-kawan saya baik,
Tapi saya?
Saya jelik,
Tidak juga baik,
Kami tetap bersama walaupun tak sama.

Saya janji,
Saya akan tetap setia,
Walau susah ataupun senang,
Kita tetap bersama selamanya,
Itulah kawan namanya.
Saya sayang kawan saya,
Saya harap mereka juga sayangkan saya.

Monday, July 6, 2009

MASA TETAP MELANGKAH TAPI AKU??

Tarikh baru, hari baru, semester baru, tahun baru..aku??beginilah aku, takde yang baru. Sedar tak sedar aku sekarang dah masuk tahun ketiga sem 6 dekat UPM ni. Tak sangkalah pulak. Cam dah tua je rasa..Huhu..Harap2 di sem baru ni aku dapat membuat anjakan paradigma terhadap pelajaran dan diri aku sendiri. Bila dah masuk sem baru ni, ramailah jumpe member2 yang dah lama ditinggalkan hampir 3 bulan. Sibuklah tanya resultlah, keje part time ape time cutilah, dapat gaji berapalah, suruh belanja makanlah, beli baju barulah dan macam-macam lagilah. Perempuan..biasalah. Gosip tak abes2. tapi banyak juga benda klakar bila dah lama tak jumpa ni. Ada yang dah berubah wajah dan penampilan.. Aku seronok usha budak-budak baru masuk ni. Budak baru biasalah baik lelaki mahupun perempuan nampak sama jer..skema. Tapi bila dah lama skit nampaklah sikit tanduk, tocang ke..errmm biasalah tu kan. Kebanyakannya memang macam tu lah. Tapi seronok tengok ragam manusia ni. Semalam dok penat kemas bilik yang jadi stor ni. Macam nak patah pinggang. Sem ni bilik aku berwajah baru.Huhu..harap2nya banyaklah kebaikan yang akan kita dapat pada sem baru ni. Semoga kebaikan mengatasi keburukan. Semoga kehidupan yang lebih mencabar ini lebih indah warnanya berbanding kehidupan yang simple dan biasa tapi berwarna pucat dan pudar tanpa tarikan.

Thursday, July 2, 2009

SELENDANG YANG CANTIK

Tiba-tiba kaki ni macam nak masuk je kedai berdinding putih berpapan tanda biru tu. Macam best jer. Tapi cukup ke duit ni kalau nak beli barang kat dalam tu? Alah belasah jelah. Tak cukup duit pun, buat-buat jelah cukup.

"Ye dik, nak beli ape?"
"Err..tapke kak, saya nak tengok-tengok je dulu".

seronok jugak pusing-pusing sambil tengok tudung-tudung yang cantik ni. Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu.

"Alamak!!"

Wow, cantiknye. Hatiku terus terpaut dengan keindahan sehelai selendang bercorak abstrak yang warna dan coraknya amat indah dan begitu mengasyikkan bila dipandang. Oleh kerana aku telah jatuh cinta pandang pertama dengan selendang tu, tanpa teragak-agak aku pun terus bertanya kepada kakak kedai tu.

"Kak, ni berapa harga?"
"******* ringgit lah dik".

Mak aii, mahalnya. Mana cukup duit nak beli ni.

"Asal mahal sangat ni kak?"
"Biasalah dik, barang cantik memanglah mahal".

Cantik2 pon tak luak gak selendang ni. Aku pun pelik, dalam banyak2 tudung kat dalam kedai ni, selendang ni macam paling tak laku. Kalau nak dilihat kecantikannya, tak payah nak pikir dua, tiga kali. Tip top. Paling cun..aku pun terpikir. Nape plak ek??

Tiba-tiba aku terpikir nak rasa kain selendang tu. Kasarnya!!
Kalau nak pakai mesti susah. Tak seronok langsung.

"Kak, kenapa selendang ni cantik, tapi kainnya kasar? Sebab tu ke, selendang ni tak laku??"
Lancangnya mulut aku tanya. Muka kakak kedai tu pun berubah.

"Entahlah. Agaknyalah kot. Kalau nak beli ape2, panggil lah ye".

Aku pun membelek-belek selendang tersebut, dek kerana ketidakpuashatian aku terhadapnya. Tiba2 aku seperti terpanggil untuk lebih memahami dan mendalami selendang itu.

"Hei manusia! tidak nampakkah kau aku yang begitu cantik dan menjadi perhatian ramai ini. Kenapa kau memegang-megang aku sedari tadi? Kau tidak layak untuk memegang hatta menyentuh aku sekalipun. Lihatlah dirimu itu. Kau tidak cantik dan menawan seperti aku. Kau tidak layak untuk memiliki aku pun wahai manusia".

Bermimpikah aku?? Tak pulak. Selendang boleh bercakap?? Biar betul..

"Wahai selendang yang cantik menawan. Aku sedar aku tidak cantik dan menarik seperti kau. Tapi aku tidak pernah menghina, apatah lagi mencaci dan mengeji manusia lain yang lebih buruk lagi daripada aku. Tapi, lihatlah dirimu itu, walaupun kau cantik dan menjadi perhatian, tapi tubuh kau kasar, seperti sikapmu itu. Kau fikir, ada ke manusia seperti aku ini yang mahukan kau, wahai selendang. Hatta yang jelita sekalipun tidak akan memandangmu, apatah lagi menyentuhmu."

Selendang abstrak yang cantik itu pun berasa sangat marah dan terhina.

Sebulan telah berlalu, dan aku telah kembali semula ke kedai itu. Aku tercari-cari selendang itu.

"Kak, selendang abstrak yang cantik tu mane? Dah ade orang beli ke? Tak nampak pun."
"Tokey dah simpan lah. Tak laku pun. Takde sape nak beli. buat ape nak tayang lagi. Buat semak adalah."

Aku mengerti. Selendang cantik itu tak diperlukan lagi. Walaupun ianya indah, tetapi kerana harganya yang mahal dan tubuhnya yang kasar itu membuatkan ramai orang membencinya. Akhirnya, selendang itu tidak diperlukan lagi kerana sudah tak berguna.

Moral of the story: Pikirlah sendiri...

Tuesday, June 30, 2009

MALAM INI..

Malam ini,
dia terluka lagi,
walau tiada air mata yang ketitisan,
tapi dia tahu dia terluka,
dia kecewa,
dengan segala pembohongan yang dimomok-momokkan terhadapnya,

Malam ini,
bulan dan bintang bagaikan mengerti,
berarak mendung dan suram tanpa sinarnya,
bagai menangisi hati sang pencinta,
yang diluka, dirobek untuk kesekian kalinya.

Malam ini,
tersingkap sudah segala penipuan,
kisah yang durjana menghenyak perasaan,
dia terkesima dengan tipu daya,
omongan kosong tanpa makna yang dilemparkan.

Malam ini,
anaknya menangis lagi,
tangisi nasib si pencinta,
dia bukan anak kecil,
dia sudah cukup dewasa,
dia sudah tahu baik buruknya,
dia benci dengan penipuan si remaja purba.

Malam ini,
dia menjadi contoh kecekalan seorang wanita,
yang menjadi perisai kepada anak-anaknya,
dia tekad,
dia pasrah,
andai itu takdir-Nya.

Malam ini,
jangan kau percaya lagi wahai sang pencinta,
tutupkan matamu,
pekakkan telingamu,
lapangkan dadamu,
pasrahkan jiwamu,
walau apu pun jua,
kau tetap seorang wira.

Esok hari,
jangan kau terluka lagi,
jangan kau berduka lagi,
berjuanglah hai sang pencinta,
demi kasih sayangmu,
demi cintamu,
demi jasad dan rohanimu,
bangkitlah,
dan tabahkan hatimu,
kuyakin sinar akan tetap mendampingimu jua.

Monday, June 29, 2009

LELAKI DAN PEREMPUAN ITU..

lelaki itu,
perempuan itu,
yang satu ketika dulu hebat berpacaran,
kasih sayangnya tiada tolok bandingan,
sudah lama,
sudah lama,
lelaki itu dan perempuan itu,
memadu asmara,
akhirnya,
bersatulah mereka dengan ikatan yang suci dan mulia.

lama,
terlalu lama,
mereka bersama,
lahirlah anak-anak kecil yang comel,
yang montel,
yang pandai,
yang bijak,
menjadi kebanggaan mereka,
dididik,
diasuh,
ditatang,
dikendong,
dijulang,
sehingga besarlah mereka,
di bawah asuhan,
lelaki itu dan,
perempuan itu.

lelaki itu,
perempuan itu,
cintanya tak kekal lama,
kasihnya,
sayangnya,
goyah,
rapuh,
bagaikan tsunami melanda,
dek kerana insan ketiga.

"hey, orang ketiga! apa mahu mu?"
tidakkah engkau malu dengan lakumu,
menjadi perampas,
pendusta cinta,
lelaki itu dan perempuan itu,
celakalah kamu,
pergilah kamu,
pergilah kamu,
pergilah kamu,
jauhkan derita dia,
si perempuan itu,
jangan kau robek hatinya,
jangan kau mamah jasadnya,
jangan kau hisap darahnya,
jangan kau siat dagingnya,

kerna dia,
anak-anak dan suaminya,hidup gembira,
tanpa duka dan derita,
pergilah kau insan ketiga,
kau pemusnah segalanya,

lelaki itu,
perempuan itu,
akan tetap bersatu,
hanya ajal bisa memisahkan mereka,
itu janjiku...

p/s: untuk seseorang yang amat rapat denganku..
cekalkanlah hatimu..

Friday, June 26, 2009

SESEORANG YANG KU PANGGIL..

tiba-tiba aku terasa sayu,
di tikar sejadah itu,
aku teringat seseorang yang ku panggil emak,
dulu kurasakan kami tidak rapat,
dulu kurasakan kami jauh,
dulu kurasakan aku kurang kasih sayangnya,

kini tidak lagi,
aku terlalu mengasihinya,
terlalu menyayanginya,
terlalu mencintainya,
aku pengikut setianya,
katanya aku tulang belakangnya,

aku bangga,
ya,
sangat bangga,
punya mak yang sangat tabah,
sangat cekal,
tidak pernah menangis walaupun hatinya terluka,
walaupun kadangkala leterannya membingitkan,
tapi aku dah lali,
tidak sedikitpun melunturkan kasih sayangku padanya,
aku faham,
seorang ibu ingin melihat anaknya sempurna..berjaya,
tak dapat aku bayangkan hidupku bila dia tiada,
aku rela pergi dulu,

ketahuilah,
walaupun aku tak pernah mengungkapkannya,
tapi aku terlalu menyayangi, mengasihi, dan mencintai,
seseorang yang ku panggil mak..

TIPS-TIPS MENDAPAT JODOH..

Hehe..mesti ada yang nak tau apekah tipsnya..
Terutama skali Farah yang katanya nak bertunang tahun depan tapi masih gak mencari jodoh..
huhu..
Farah jangan melatah..
Tips ni mak aku bagi lepas die dengar Ust Bahyah yang glamor tu bagi.
Siap suro aku tulis dalam blog ni lagi biar ingat..
Macam nak..erkk!!

Abaikan..

Tips1: siapa yang nak dapat jodoh tu, rajin-rajinlah poser masa birthday yer..

Tips2: Bacalah doa ni. Taktaulah plak time bile yang afdhal. Lepas sembahyang kot.
Surah Yusof :4, Surah al-Anbia:89, Surah al-Qasas: 24 (niatlah nak dapat jodoh yang baek)

Tips 3: Dengan kata lainnya, sembahyang Istikharah

SI ROBOT TRANSFORMERS..

Frankly speaking, pada aku takda r best mane pon cte nie macam yang digembar-gemburkan media dan kakak aku sendiri. Boleh tahan je lah. Aku takdelah minat sangat cite camni sebenarnya. Saje teman membe yang nak tengok. Kalau aku baek tengok cite laen. Aku takdelah teruja sangat pasal robot-robot nie macam kakak aku tu. Dier kata aku jakun+perak+ntah pape ntah+ade gak org mcm kau ni ek!! Eh, sukati aku lah. Dah tak minat nak wat camna. Mane leh paksa-paksa. Aku takkan membazir duet semata-mata nak beli baju transformers yang berharga RM10+top up minyak RM30 kat Petronas. Beli robot kat KFC ker dan ape-ape lagi lah.Huhu...Baek aku beli makanan ker, kenyang perot. Tapi aku takdelah nak kutuk citer nie..Syabas lah kepada semua yang berjaya hasilkan citer nie..Itu terpulang pada individu. Setiap orang kan ade citarasa masing-masing. Tapi yang aku tak puas ati, nape lah sampai 2jam setengah. Kat wayang tu dah macam iceberg. Sejuk gile!! sampai nak terkucil aku..Selamat leh tahan. aku ngan Farah (member aku) dok usha jam bile nak abes. Akhirnya abes gak. Dan destinasi pertama yang aku cari ialah toilet. Hehe..kang kene batu karang susah lak kang..

Thursday, June 25, 2009

WOI..BERAMBUSLAH CINTA!!!

woi, aku cakap berambuslah kau,
aku tak perlukan kau,
walaupun sebenarnya sebaliknya,
tapi aku tak mampu,
aku tak daya,
kalau kau boleh aku bunuh,
dah lama aku lenyapkan kau,
aku cuma boleh rasa,
hati yang rasakan cinta,
aku benci!!!
kenapa kau perlu ada??
taukah kau betapa seksanya aku??
dia??
mereka??
yang merana kerana kau??
cinta dari manusia,
tak sesuci cinta Pencipta,
aku tak cantik,
aku tak seksi,
aku tak menawan,
tapi cintaku suci,
tapi siapa yang tau??
siapa yang ambil peduli??
orang yang aku cinta??
jangan perasan!!
bantulah aku,
pergilah kau cinta,
jauhkan dia dari aku,
matikanlah hasratku terhadapnya,
kerna aku sedar aku tak mampu,
aku bukan sesapa kepadanya,
pergilah kau cinta,
aku hanya harapkan cinta dariNya..

100 000km

sape yang tau 100 000km tu panjang mane???
tau tak brape panjang salur darah kite??
maybe ade yang tau..
tapi aku baru tau arini..
tak taulah plak kalau time blaja bio dulu cikgu ade cakap..
tapi rasanya cam takde..
maybe ade yang tau, ade gak yang tak tau kan..
act, salur darah kite nie panjangnya 100 000km!!
gile panjang tak??
tau tak 100 000km tu panjang mane??
ha, 100 000km = 2 setengah lilitan bumi..
Subhanallah, panjang kan??
mane aku tau sumer nie??
kan ari-ari gi terapi..
ari-ari lah aku dapt ilmu baru..
sama ada yang dah tau ataupun belum..
salur darah kite gak ada 3 saiz.
1. 2.5 cm = duit 5oc tu. aku suka kumpul 50c sbb senang nak basuh baju dlm mesin..
hehe pemalas lah katakan..
selalunya salur darah nie terdapat kat jantung lah
2. saiz sederhana iaitu = 1cm. ianya boleh didapati kat tapak tangan dan tapak kaki.
3. saiz yang kecik skali. lupa nak tanya bape cm..
ianya terdapat kat mata, otak, ujung jari ngan kat 'tutt'..hehe..
itu jelah ilmu yang aku dapat arini..
kalau ade lagi nanti aku share..

Wednesday, June 24, 2009

SETIAKAH CINTA??

mereka kata cinta tu buta,
entahlah aku tak kuasa,
hawa dijadikan dari rusuk adam,
sebagai teman,
bagaimana pula jika rusuk itu untuk teman-teman,
mungkin dua, tiga, atau empat??
satu tak cukupkah??
tak puaskah??
kenapa harus ada dua dan seterusnya??
cinta??
jangan ungkapkannya kalau tak setia,
cinta yang rapuh takkan ke mana,
aku dah bosan dengan cinta,
dengar pun aku tak mahu,
aku kata tak mahu kahwin,
kenapa??
aku tak percaya cinta bisa bertahan lama,
mak kata,
kahwin takpe tapi kena berwaspada,
jangan mudah percaya,
akibatnya??
nasib kaulah labu,
mak kata,
mengadulah pada Tuhan,
bukan pada laki,
bukan pada anak,
bukan pada teman,
tapi pada Tuhan,
kerna Dia yang mendatangkan ujian,
bukan aku, kau, atau sesapa jua
kerna Dia yang Maha Mendengar dan Berkuasa,
tapi kita??
hanya mampu mendengar,
mungkin juga membantu,
tapi Dia lah penentunya..

p/s: aku pasrah jika ini takdirnya.
tapi tawakkal tanpa usaha takkan membawa apa-apa.

BoSan...

bosan nye kalo xde menda nak wat ni..
xtau nak wat pe dah kat uma..
tp stiap ptg aku akn g terapi free..
hehe..
xde sakit pe pon..
saje jek..seronok gak g terapi ni..
leh elak penyakit..
manusia nie kalo free jek mst ramai nak serbu..
cuba kalo bayar..
mst leh kire ngan jari jek bape ramai org yg dtg terapi tu..
aku pon samelah..
hehe..