Sunday, September 26, 2010

YANG RINDU ITU AKU..

Rindu itu bukan permainan diri, ia cerita soal hati.
Ia tidak dicari, ia hadir sendiri.
Ia boleh dibuang jauh dan mati.
Tapi dalam roh dan jasad,ia masih tetap hidup dan menari.

Aku masih terlalu rindu. Rindu pada kenangan lama yang semakin kerap datang menyapa. Rindu pada indahnya cinta yang pernah hadir bertakhta. Rindu pada renungan sang kekasih yang penuh sarat dengan rasa cinta. Rindu pada lontaran suara yang hadir kerana rasa rindunya pada seseorang bernama aku di sini. Rindu pada jiwa yang kerimasan kerana kehadirannya di sisi. Rindu pada setiap kejadian akan indahnya kenangan yang telah diciptakan. Rindu yang tidak mampu untuk diluahkan bersama kelukaan. Rindu yang hanya hati sendiri amat benar memahami dan merasai. Rindu yang sehingga air mata dari hati ini gugur sendiri. Rindu sehingga hampir setiap malam aku bermimpi akan kehadirannya menemani lewat malamku di kamar ini. Sungguh, hati ini tidak pernah menipu diri sendiri. Aku terlalu amat merindui akan hadirnya di sisi. Membawa akan kisah suka dan duka. Yang mana aku akan turut ketawa bila dia gembira. Dan aku akan turut menangis sendiri ketika dia bersedih. Walau hampir setiap hari aku akan memujuk hati sendiri. Aku tetap rindu itu. Malam, jangan kau bawa dia pergi. Kerana aku terlalu amat perlu dia walau hanya dalam mimpi. Siang, jangan kau rampas rasa cinta dan rinduku ini, kerna hanya dia yang aku mahukan di ketika ini.

No comments: