Friday, September 24, 2010

PILIHAN KEDUA..

"They say past is past. We need to move on to see the future. But how can you move on when your past is the only thing you ever wanted in the future?"

Bersyukurkah aku hanya jika ini apa yang aku rasa dan aku mahu? Mahu mengulang kembali cerita lama tanpa bertemu kekecewaan yang datang menyapa. Mahu ingin terus merasa bahagia sehingga ke penghujung nyawa. Setiap dugaan yang datang menerpa itu, mampukah aku tangani dengan keikhlasan hati? Siapalah manusia untuk menentukan nasibnya sendiri. Setiap yang berlaku itu sudah tertulis hanya dengan kehendak Ilahi.

Cinta itu amat indah. Terlalu indah untuk dikhianati. Cinta itu buta tapi suci. Kata orang cinta dari mata turun ke hati. Tapi bagi aku cinta itu terbit dari hati dan akan terluah dengan pandangan mata yang penuh rasa kasih yang suci. Cinta tak pernah mengenal tuannya sendiri. Yang mengawal rasa cinta itu adalah manusia itu sendiri. Tanpa disedari, kadang kala cinta itu telah berjaya mengawal empunya diri. Sehingga bila cinta itu dibawa lari pergi, maka tergapai-gapailah manusia mencari dahan kekuatan diri.

Jika diberi 2 pilihan kepada aku untuk memilih antara rasa sakit dikecewakan cinta dan kesakitan disebabkan penyakit yang tiada penawarnya, aku memilih pilihan kedua. Kerna aku yakin, kedua-dua ujian ini adalah rahmat dari Tuhan untuk menguji hambaNya sendiri. Kerna Dia sentiasa menyayangi hambaNya tidak kira sehina mana hamba itu padaNya. Semakin besar ujian itu, semakin tinggi darjat hamba di sisi Tuhannya, jika mereka benar2 redha seikhlasnya dengan kehendak Tuhannya. Walaupun kesakitan yang tiada penawar itu ku pilih, tetapi aku yakin aku ada sebuah lagi cinta yang suci untuk bersama aku sehingga ke hujung nyawa. Yang boleh memberi kebahagiaan kepadaku pada sisa-sisa akhir waktu hidupku. Yang dapat menjaga aku sehingga aku dijemput oleh Pencipta. Aku akan merasa bahagia pada lewat akhir perjalanan dunia. Jika aku memilih yang pertama, maka aku akan menjadi seperti pengemis cinta jalanan. Dibiarkan seorang diri mencari kekuatan diri. Ditinggalkan pergi tanpa kasih di sisi. Kesakitan di hati yang tidak dapat dilihat dengan mata sendiri. Hanya mampu dirasa dan diteroka oleh empunya diri. Sesungguhnya cinta Allah jua cinta yang hakiki..

No comments: