Saturday, October 2, 2010

DENGARLAH SAYANG

Pada 2 hari kebelakangan ini, aku terlalu berkecil hati. Aku terlalu tahan rasa hati mungkin. Dan aku masih lagi meratapi akan nasib diri. Dan pada setiap kali aku melenakan diri, aku akan bermimpi akan kehadiranmu. Ada ketika ia menyakitkan hati, tapi ada ketikanya ia memberi sedikit kebahagiaan kepada aku di sini. Dan mimpi tentang kamu itu, semakin lama semakin kerap hadir. Cuma aku tidak tahu apa yang tersirat di sebaliknya. Mungkin kerna aku terlalu rindu kamu. Memang aku terlalu rindu. Rindu pada kenangan lama yang pernah tercipta. Rindu untuk menatap wajahmu yang tenang di sisi aku. Ya, sesungguhnya aku terlalu rindu apa jua yang datang dari kamu. Dan aku terlalu rindu pada setiap penghujung kata yang kamu cinta dan sayang akan aku. Aku tidak mampu untuk membuang kamu pergi jauh dari hati. Aku terlalu sengsara di sini. Bila pada setiap saat bayang kamu tidak pernah mahu pergi dari ruang kamar hati dan minda ini. Dengarlah sayang. Aku masih terlalu rindu dan sayang kamu. Jangan pernah menganggap aku mahu kamu kembali. Aku cuma mahu kamu tahu akan isi hati.

No comments: