Friday, October 1, 2010

"TEMANKU, KEKASIHKU, SYURGAKU"

Bisikku pada bulan : "Kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku"

Kembalikan dia yang pernah menjadi temanku suatu waktu dulu.
Kembalikan dia yang pernah menjadi kekasihku lewat beberapa bulan yang lalu.
Kembalikan dia yang kini masih tetap menjadi syurga cinta aku.

Aku sering selalu berbisik pada hati tentang cintaku yang telah pergi. Aku selalu menjadi pemujuk hati sendiri bila dia menangis mengenang akan nasib diri.

Bisikku pada hati:

Sayang, ini bukan pengakhiran, tapi ini adalah sebuah permulaan kehidupan.
Sayang, ini semua adalah takdir ketentuan Tuhan, kita tiada daya mampu melawan.
Sayang, aku tau cinta dan sayangmu terlalu dalam, tapi percayalah sayang, cinta kamu terlalu suci untuk dipermainkan.
Sayang, bila setiap kali kamu tahan hati kamu untuk ucapkan betapa kamu cinta dan rindu, kamu adalah pahlawan.
Sayang, bila kamu sembunyikan kesedihan dan tangis dalam hati, kerana kamu tidak mahu orang lain berkongsi, kamu adalah wira aku sayang.
Setiap kali kamu tewas untuk pergi menjauh diri dan melupakan pergi, ingatlah sayang, ini adalah ujian bukan bebanan.
Sayang, sepayah mana pun kamu, sekecewa mana pun hati kamu, sedalam mana pun cinta dan rindu kamu, suatu saat nanti, kamu harus belajar untuk melupakan.

Bisikku untuk cinta yang telah pergi:

Walau sejauh mana pun aku lari, walau sesukar mana pun aku menafi, kamu tetap ada di sini. Tetap tersimpan kemas dalam setiap sudut pada ruangan hati. Dan jika pada suatu saat nanti aku benar2 bersedia melepas pergi, aku tetap simpan kamu di sudut ini. Bukan kerana aku tidak cinta lagi. Tapi aku ada hidup baru yang bakal menanti. Kerana selama hampir 22 tahun aku dipinjamkan Tuhan di dunia ini, kamu adalah yang pertama di sini. Yang pertama terpahat dalam hati. Dan aku tidak semudah itu membuang kamu jauh pergi. Cuma aku minta kamu izinkan aku menjadi pemerhati sepi. Izinkan aku menjadi pencinta kamu walau dalam sunyi. Kerana aku mahu setiap doa dan ingatanku, tetap ada nama kamu di sisi.

Aku minta jangan pernah kamu buang aku. Aku tidak minta untuk kamu terus sayang aku. Cukuplah jika aku dapat rasa yang kamu simpan kenangan tentang aku, tentang kita. Kerana kamu adalah kenangan terindah aku.

2 comments:

Farah Abdullah said...

ijat.. be strong. aku sedey dow baca stiap entry ko. aku sendiri takot macam mana lah aku bila aku gagal dlm hal yg 1 ini. mungkin setiap coretan kt blog ini blh legakan hati. ko teruskan. aku tetap baca stiap entry ko. insyaAllah. igt, ko kne kuat. kalo 1 hari nti aku kecundang dlm hal ini, aku juga perlukan ko.

radin izzati said...

thanx fara..ntahlah stiap kali aku tulis mst aku ngs..ni jelah cara yg bole buat nak lpaskan beban..insya Allah ko lg kuat dr aku..jgn lupe doa slalu..doa elakkn bnda2 ni terjadi..jgn syg sgt kat org tu..anggp je die bkn sape2 utk kte..bru ko xkn rse kecewe bile kne tnggal..